Terma & Syarat


  1. Langkah pertama ialah setiap pelanggan diminta untuk memastikan setiap pilihan pakaian benar-benar menepati ukuran badan yang betul. Pihak  RizqinRizla Shop telah berusaha sebaik mungkin menyediakan carta atau skala ukuran sebagai panduan untuk menentukan saiz yang betul bagi seseorang.
  2. Pihak RizqinRizla Shop  akan sentiasa mengemas kinikan informasi sesuatu produk kami termasuklah kod produk, gambaran produk, saiz pakaian, skala saiz, harga dan juga 'availability' di dalam stok kami.
  3. Untuk pembelian, para pelanggan diminta untuk mengisi Borang Pembelian yang tersedia di dalam laman ini. Sekiranya pelanggan membeli lebih dari satu pakaian, sila isikan butiran tempahan pembelian kesemua pilihan itu di dalam Borang itu dengan cermat dan betul.
  4. Setelah pihak kami menerima tempahan pembelian, email pengesahan akan dihantar ke email yang telah diberikan di dalam Borang Pembelian. Email pengesahan ini akan mengandungi butiran pilihan produk, jumlah pembayaran yang perlu dilunaskan dan informasi bank.
  5. Penting untuk setiap pelanggan melakukan pembayaran dalam masa 24 jam. Kegagalan untuk melakukan pembayaran dalam tempoh ini bermakna tempahan pembelian dianggap terbatal.
  6. Setelah pembayaran dibuat, sila maklumkan kepada kami butiran pembayaran yang relevan.
  7. Pihak kami akan melakukan penghantaran selepas pembayaran diterima.
  8. Adalah penting untuk diingatkan bahawa setelah produk dihantar, sebarang penukaran, pemulangan dan pembatalan sama-sekali TIDAK AKAN DITERIMA. Justeru, sila pastikan pilihan produk yang betul telah dilakukan.
  9. Untuk Kos Penghantaran sila rujuk di bawah :
  •  RM 7 Semenanjung Malaysia, Tambah RM 2 untuk setiap kuantiti tambahan.
  •   RM 10 Sabah/Sarawak, Tambah RM 3 untuk setiap kuantiti tambahan

Post a Comment